DILEA - Webinar Motivasi Pelajar Edisi 3
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025, Webinar Motivasi Pelajar Edisi 3 telah diadakan secara atas talian di NADI Kg Jerijeh. Program ini ialah sebuah program khas yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini bertujuan untuk mendorong pelajar memahami kekuatan mereka, apa yang membuat mereka unik dan bagaimana mengembangkan kelebihan tersebut. Webinar ini berlangsung sekitar jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: